Breaking

Thursday 29 June 2017

Apakah itu Bitcoin?

Pada saat artikel ini ditulis, harga Bitcoin (BTC) berada pada paras $2,539. Di Malaysia pula, 1 BTC berharga sekitar RM11,517. Baru-baru ini 1 BTC mencecah $3,000, meningkat sebanyak lebih 1000% berbanding harga pada Jun 2015 ($263). Peningkatan mendadak pada tahun ini menyebabkan ramai yang mula berminat dan tertanya-tanya apakah itu Bitcoin?



Konsep Yang Mudah

Untuk memahami apakah itu Bitcoin, lebih mudah jika dibandingkan dengan sesuatu yang biasa kita gunakan. Bitcoin boleh digunakan untuk melakukan pembayaran, seperti duit ataupun kad kredit yang kita biasa gunakan. Perbezaan ketara antara Bitcoin dan duit (juga dipanggil fiat) yang kita gunakan sekarang adalah, jumlah duit seperti Ringgit yang ada di pasaran dikawal oleh Bank Negara Malaysia, manakala Bitcoin tidak dikawal oleh mana-mana bank atau mana-mana negara. Nilai Bitcoin sekarang ini ditentukan menggunakan konsep supply and demand.

Bitcoin dilihat lebih baik berbanding duit yang sedia ada sekarang ini. Disebabkan Bitcoin berbentuk digital dan berasaskan internet, hanya satu unit yang sama digunakan di seluruh dunia. Berbanding konsep duit yang sedia ada, Bitcoin lebih universal. Menghantar Bitcoin dari Malaysia ke USA lebih mudah dan murah berbanding menggunakan Ringgit. Disebabkan Bitcoin di Malaysia dan USA adalah sama, maka tidak perlu yuran tukaran dan penghantaran yang tinggi seperti yang diperlukan untuk menghantar Ringgit ke USA.

Bitcoin Sebagai Aset Digital

Ramai juga yang menyamakan Bitcoin dengan emas. Ini berdasarkan sifat emas itu sendiri yang terhad dari segi jumlahnya. Jumlah maksimum Bitcoin di pasaran telah ditetapkan sebanyak 21,000,000 dan ketika artikel ini ditulis terdapat 16,417,050 Bitcoin di pasaran. Atas sebab ini, ramai yang menganggap nilai Bitcoin akan terus meningkat.

Seperti emas, pendapat ini tidak semestinya tepat kerana harga emas juga akan naik dan turun bergantung kepada permintaan.

Pada yang bersetuju bahawa Bitcoin dianggap sama seperti emas, Bitcoin mempunyai kelebihan tersendiri kerana boleh 'dipecahkan' kepada unit yang kecil. Unit Bitcoin lebih kecil dipanggil Satoshi. 1 Satoshi = 1/100,000,000 ataupun 0.00000001 Bitcoin. Emas sukar untuk dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain, Bitcoin pula lebih mudah disebabkan ia berbentuk digital.

"Ketelusan" Bitcoin

Bitcoin dicipta oleh individu ataupun kumpulan bernama Satoshi Nakamoto. Hingga kini tidak dapat dipastikan siapakah individu ataupun kumpulan tersebut. Keunikan system Bitcoin adalah ia dicipta menggunakan konsep 'open source'. Ini bermaksud setiap transaksi tidak dikawal oleh individu atau institusi tertentu, dan transaksi disahkah oleh decentralized jaringan computer  direkodkan di dalam public ledger yang dipanggil blockchain.



Potensi Bitcoin

Jika dilihat kepada kelebihan-kelebihan Bitcoin, sememangnya Bitcoin dilihat mempunyai potensi yang sangat tinggi, sehingga mampu menggantikan sistem bank dan matawang yang telah digunapakai sekian lama. Sehingga kini semakin ramai peniaga, freelancer dan juga institusi yang menerima Bitcoin sebagai bayaran. Disebabkan ini juga ramai 'pelabur' yang menjangkakan nilai Bitcoin akan terus meningkat, apatah lagi jika jumlah Bitcoin yang wujud dipasaran mencapai jumlah 21,000,000.

Buat masa ini Bitcoin didagangkan seperti satu komoditi. Harga Bitcoin naik dan turun berdasarkan spekulasi. Ada potensi pedagang akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda, dan wujud juga kemungkinan kerugian.

Risiko Bitcoin

Walaubagaimanapun, Bitcoin bukan satu-satunya wang digital ataupun cryptocurrency yang wujud di pasaran. Setakat ini ada 792 cryptocurrency selain Bitcoin (juga dipanggil altcoin) dan setiap hari juga semakin banyak Initial Coin Offering (ICO) diterbitkan, masing-masing mengatakan konsep ataupun sistem mereka jauh lebih pantas, baik, dan cekap berbanding Bitcoin.

Sehingga hari ni, Bank Negara Malaysia masih tidak mengiktiraf Bitcoin ataupun mana-mana cryptocurrency lain sebagai satu matawang yang sah. Kebanyakan negara juga mengambil pendirian sebegini. Ada juga segelintir negara yang terus mengharamkan urus niaga menggunakan Bitcoin.

Tiada Pengharaman (hijau), Terdapat Percanggahan (kuning), Diharamkan (merah), Tiada Keputusan (biru)

Disebabkan masih ramai yang tidak berapa jelas dengan konsep Bitcoin dan cryptocurrency ini, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan pelaburan berkonsepkan Ponzi ataupun MLM menggunakan Bitcoin. Secara peribadi saya menyarankan anda menjauhkan diri daripada skim-skim seperti ini. Ada juga yang menawarkan konsep Bitcoin mining dengan menjanjikan keuntungan tertentu. Walaupun Bitcoin mining ini sememangnya wujud, namun banyak pihak yang menyalahgunakan konsep ini untuk mengaut keuntungan dengan cara penipuan.

Pandangan Peribadi

Buat masa ini, saya menghadkan hanya 20% daripada keseluruhan portfolio saya untuk membeli Bitcoin dan altcoin (70% ekuiti/saham dan 10% Tabung Haji). Untuk mengurangkan risiko, saya juga menggunakan teknik teknikal analisis dalam membuat keputusan untuk membeli ataupun menjual Bitcoin dan altcoin.

Sekiranya anda ingin melibatkan diri dalam bidang ini, pastikan anda faham dan jelas dengan apa yang bakal anda ceburi. Pastikan anda membeli Bitcoin di tempat yang terbukti 'selamat'. Secara peribadi saya mendapatkan Bitcoin saya di (LINK - Bonus RM5 jika gunakan promo code) www.luno.com.

Sentiasa berhati-hati dan sayangilah wang anda.

No comments:

Post a Comment

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebu...

Iklan