Breaking

Thursday 1 April 2021

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebut ada sedikit keraguan tambahan pula syarikat tersebut disenaraikan di dalam Financial Consumer Alert List oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017 kerana disyaki tidak menjalankan aktiviti Takaful/Insurance tanpa lesen.

Gather Care 1 April 2021


Baru-baru ini saya diperkenalkan pula dengan satu konsep crowdsharing bil rawatan perubatan yang diberi nama Gather Care. Dan ya sebenarnya Gather Care ini adalah Life Engineering yang dijenamakan semula. Setelah disemak dan turut disahkan oleh pihak syarikat, Life Engineering (Gather Care) telah dikeluarkan daripada senarai Financial Consumer Alert List Bank Negara Malaysia pada bulan Januari 2018. Sehinga hari ni juga syarikat ini kekal bersih daripada senarai tersebut. Perkara ini menyebabkan saya terus tertarik untuk memahami program ini.


Konsep yang ditawarkan macam Too Good To Be True dalam masa yang sama Too Good To Be Ignored Completely maka saya lakukan sedikit kajian, perbincangan dan seterusnya menghadiri taklimat yang dijalankan. Setelah lalui semua proses tersebut saya akhirnya menyertai program ini. Berikut adalah pandangan peribadi saya mengenai program Gathercare: Medical Cost Crowd Sharing ini.


1. Macam Medical Card Tetapi Bukan Medical Card


Di peringkat awal, ini yang paling memeningkan sebenarnya. Manfaat yang ditawarkan seperti medical card dengan harga tersangatlah murah. Adakah ianya medical card? Tidak sama sekali. Crowdsharing yang ditawarkan oleh Gather Care adalah berbeza dengan Medical Card yang ditawarkan oleh Syarikat Takaful/Insurans.


Kalau boleh saya buat perbandingan, kemunculan Gather Care ini mungkin agak mirip dengan kemunculan aplikasi Uber/Grab satu masa dahulu. Mencabar norma biasa iaitu teksi. Menyebabkan ramai juga yang pening untuk lakukan penilaian. 


Untuk medical card, harga langganan untuk individu ditentukan lebih awal mengikut risiko seperti umur, jantina, pekerjaan dan merokok ataupun tidak. Dengan bayaran yang ditetapkan, kita perlu melakukan bayaran setiap bulan (atau tahun). Hasil caruman ini dijaga oleh syarikat, sekiranya ada peserta sakit, duit yang dikumpulkan lebih awal digunakan untuk menanggung kos perubatan peserta yang layak. Bayaran biasanya ratusan ringgit setiap bulan atau ribuan ringgit setiap tahun.


Gather Care pula berbeza. Peserta hanya dikenakan yuran RM360 setahun. Dan meletakkan RM100 di dalam tabung di peringkat awal pendaftaran. Sekiranya ada ahli yang memerlukan rawatan di hospital, syarikat (melalui eMAS) bayarkan dahulu dan kos rawatan sebenar ahli tersebut akan dibahagikan sama rata kepada  ahli Gather Care sebenar. Sebagai contoh pada bulan tersebut jumlah kos rawatan RM30,000, bilangan ahli ada 3,000, kos yang dikongsi bersama ahli hanyalah RM10. Ya setiap ahli hanya perlu bayar RM10 sahaja pada bulan tersebut. Dalam contoh ini masih tak perlu bayar, sebab RM10 ini ditolak daripada tabung yang kita dah bayar tadi.


Lebih menarik, claim sebenar ahli disenaraikan di laman web dan apps setiap bulan. Transparent dan jelas. Setiap peserta tahu perkongsian yang dilakukan digunakan untuk tujuan apa.


2. Tiada Lesen Bank Negara Malaysia Tetapi Patuh Syariah


Gather Care membawa program medical cost crowdsharing yang pertama di Malaysia. Ia tidak tertakluk di bawah FSA atau IFSA 2013 kerana bukan insurans dan takaful. Jadi boleh lah dikatakan ia dalam 'grey area'. Sama seperti konsep Uber/Grab di awal penubuhan dahulu. Konsep baharu melawan arus semasa. Disruptive Application yang mencabar industri sedia ada. Tetapi bermanfaat untuk ramai orang.


Gather Care juga disahkan patuh syariah oleh Afsha Shariah Advisory. Audit syariah ini dilakukan untuk tempoh-tempoh tertentu dan ketika artikel ini ditulis, Gather Care baru sahaja menerima Sijil Syariah terkini yang valid sehingga tahun 2023.

Sijil Syariah oleh Afsha Shariah Advisory

3. Manfaat Alternatif Kos Perubatan Melebihi RM1 Juta Setahun Tetapi Kenapa Sangat Murah?


Ini antara perkara yang sangat pelik bagi saya juga. Bagaimana agaknya Gather Care boleh menjalankan program dengan komitmen perkongsian bulanan tidak lebih daripada RM50 tetapi manfaat kos perubatan boleh mencecah RM1 juta setahun (selepas 6 bulan menjadi ahli/sharer)? Saya faham Gather Care ada actuary tersendiri tetapi bagaimanakah agaknya terdapat perbezaan ketara dengan kiraan actuary di dalam syarikat insurans/takaful sedia ada?

Manfaat pekongsi Gather Care (setelah selesai 6 bulan waiting period)


Pandangan saya, perbezaan agak ketara ini antaranya disebabkan oleh (pada ketika artikel ini ditulis) Gather Care hanya menerima ahli yang berumur 6-40 tahun sahaja dan tidak pernah sakit (sama seperti insurans/takaful). Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang memiliki medical card dan merupakan perunding takaful selama hampir 5 tahun ini juga, saya perasan yang saya sendiri (berumur lingkungan 6-40) alhamdulillah masih sihat dan tidak pernah claim medical card tersebut. Pelanggan-pelanggan takaful saya juga hanya 2 orang yang ada claim perubatan dalam tempoh tersebut. Seorang kanak-kanak (bawah 6 tahun), dan seorang lagi berusia 30an. Jadi dalam pengalaman saya sendiri, saya akui golongan berumur 6-40 tahun ini merupakan golongan berisiko rendah. Mungkin ini sebabnya Gather Care boleh begitu yakin perkongsian tidak akan melebihi RM50 sebulan.

Keseluruhan Kes Dikongsi Sehingga 24 Disember 2020

Sepanjang 2020, Ahli Gather Care Hanya Berkongsi RM62.87 Setahun (Purata RM5.24 Sebulan)


Apa jadi kalau waktu sertai kita bawah umur bawah 40, semakin kita berusia melebihi umur 40 tahun adakah kita tidak lagi mendapat manfaat? Jawapannya kita masih mendapat manfaat seandainya terus menjadi sharer. Menggunakan konsep law of large numbers, mungkin ini yang menyebabkan jumlah perkongsian dijangka tidak begitu tinggi jika semakin ramai ahli menyertai program ini.


4. Urusan Claim Bagaimana? Adakah Pay And Claim Atau Macamana?


Kalau tak salah saya, di awal pengenalan Life Engineering dahulu, konsep yang digunakan adalah pay and claim. Peserta bayar dahulu dan claim kemudian. Tetapi sekarang tidak lagi. Bukan lagi pay and claim.  Urusan mendapatkan Guarantee Letter (GL) diuruskan oleh eMAS, Exemius Medical Administration Solutions. Prosesnya adalah mirip dengan proses kemasukan ke hospital menggunakan medical card biasa. 

Garis Panduan Kemasukan ke Hospital

Ketika artikel ini ditulis, terdapat 116 hospital swasta dan 135 hospital kerajaan yang boleh diakses denan eMAS.

Sebahagian Daripada Hospital Yang Tersenarai di Kuala Lumpur


5. Pendaftaran yang Mudah Melalui Aplikasi Web


Penyertaan kepada program Medical Cost Crowdsharing: Gather Care ini terbuka kepada

  • Warganegara Malaysia
  • Umur antara 6-40 tahun
  • Sihat walafiat (sama seperti insurans/takaful, dah sakit atau ada pre-existing illness tidak di cover)
  • Jujur dan amanah (terutama waktu declare kesihatan semasa)
Waktu pendaftaran, anda akan dikenakan caj RM260 (RM160 annual fee + RM100 wallet perkongsian)+ 2.99 transaction charge
Selepas sebulan bayaran lagi RM200 (baki annual fee)

Seandainya sepanjang setahun wallet perkongsian tidak turun bawah RM50, tiada bayaran perlu anda buat. Hanya perlu topup jika baki wallet perkongsian susut.

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Gathecare di http://gathercare.com/



Lyndung, Pesaing Kepada Gathercare

Selain daripada Gathercare, terdapat satu lagi solusi yang menggunakan konsep perkongsian komuniti (community sharing) yang bakal dilancarkan di Malaysia. Artikel penuh akan menyusul setelah Lyndung dilancarkan nanti.


Buat masa ini, boleh layari laman web Lyndung di https://lyndung.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.



4 comments:

  1. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI HALAMAN INI
    INI CERITAKU

    Saya MURNI SANTI, Seorang wanita, ibu, saudara perempuan dan teman dari (Bekasi), Indonesia, saya adalah REAL ESTATE MANAGER dan saya telah mengalami banyak tekanan keuangan akhir-akhir ini, tidak ada yang mau meminjam kami uang untuk menyelesaikan proyek komersial kami yang telah dibangun beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa perusahaan peminjaman palsu yang mengklaim sejumlah besar uang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya frustrasi, suami saya mencoba yang terbaik dan membantu, saya akan bunuh diri karena rasa sakit itu, itu terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan semua harapan, sampai saya diperkenalkan dengan SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL sebuah perusahaan pinjaman yang disponsori oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman dan memang menghubungi perusahaan, petugas bagian pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan mengatakan kepada saya untuk tidak khawatir perusahaan akan meminjamkan uang kepada saya, bahkan ketika jumlah yang saya butuhkan sangat besar, dan semua yang bisa saya berikan kepada mereka persyaratan yang merupakan beberapa informasi pribadi, yang saya lakukan.

    Saya menjalani semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan uang yang saya minta setelah mengonfirmasi bahwa saya memenuhi syarat untuk pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang sangat mengejutkan saya adalah pinjaman masuk ke akun saya dan saya mengkonfirmasinya .. Perusahaan kembali secara finansial dan keluarga saya baik-baik saja, ini membuat hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI KU
    NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL EMAIL Perusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com
    Whatsapp Perusahaan: +1(301)971-4445
    Nama Saya: MURNI SANTI
    Email Saya: murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete
  2. So lepas umur 40 bayaran masih rm50?..cover sampai umur berapa?

    ReplyDelete

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebu...

Iklan