Breaking

Monday, 18 September 2017

Tips Untuk Selesaikan Loan Rumah 10 Tahun Lebih Awal

Adakah anda sudah memiliki rumah idaman? Tahniah saya ucapkan. Ataupun mungkin juga ada diantara anda yang sedang berkira-kira untuk membeli rumah pertama. Saya yakin anda sudah sedia maklum bahawa rata-rata pinjaman rumah mempunyai tempoh pembayaran yang panjang. Sehingga 30 ataupun 35 tahun. Seandainya anda berusia 35 tahun, tempoh pembayaran pinjaman rumah pula sehingga 30 tahun, ini bermakna anda hanya akan selesai membayar hutang rumah tersebut pada usia 65 tahun!

Sebagai rakyat marhaen yang kebiasaannya bekerja sehingga usia 55 tahun atau mungkin sehingga 60 tahun, apakah perancangan anda untuk menyelesaikan pinjaman rumah ini lebih awal? Jika tiada perancangan, adakah anda bercadang untuk terus membayar hutang tersebut sehingga ke usia emas walaupun tiada lagi pendapatan bulanan disebabkan anda telah bersara?

Hari ini kita kupas dah lihat apakah alternatif yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan pinjaman rumah sehingga 10 ataupun 15 tahun lebih awal. Sebelum melangkah lebih jauh, eloklah kiranya kita buat sedikit kira-kira mengenai baki jumlah yang perlu diselesaikan.

Berikut adalah senario untuk contoh hari ini

  • Jumlah Rumah:RM350,000 (deposit telah ditolak untuk memudahkan kiraan)
  • Tempoh Pinjaman: 30 tahun
  • Interest: 4.3% (fix interest untuk memudahkan kiraan)
  • Usia Peminjam: 35 tahun


Pinjaman akan tamat pada tahun 2047, jumlah keseluruhan adalah RM623,538
Pada permulaan bayaran, lebih 70% daripada bayaran bulanan adalah untuk membayar interest
Sekiranya si peminjam yang berusia 35 tahun ini berhasrat untuk menyelesaikan pinjamaan 10 tahun lebih awal, jumlah baki pinjaman yang perlu dilangsaikan pada tahun 2037, ketika peminjam berusia 55 tahun adalah sebanyak RM165,294.


Berikut adalah pilihan-pilihan yang boleh anda pertimbangkan

1. Gunakan wang KWSP

Ini adalah cara yang paling mudah. Pada usia 55 tahun anda boleh mengeluarkan kesemua wang simpanan KWSP, seandainya cukup, anda boleh selesaikan baki RM165,294 dan tidak lagi perlu berkongsi pemilikan rumah tersebut dengan bank. Kelebihan untuk pilihan ini adalah, anda tidak memerlukan kos tambahan. Kekurangan untuk pilihan ini pula adalah, sebahagian besar daripada simpanan KSWP habis untuk sebuah rumah semata-mata. Hasil simpanan selama 30 tahun berkhidmat sebagai pekerja yang baik jujur dan amanah tidak dapat dinikmati untuk melalui hari-hari persaraan dengan lebih indah.

2. Bayar Loan Lebih Dari Sepatutnya (dalam kes ini RM400++ setiap bulan)

Dengan cara ini, anda boleh menyelesaikan pinjaman pada tahun 2037 (ketika usia 55 tahun) tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun wang KWSP. Cara ini lebih bijak. Namun memerlukan peminjam membayar sekitar RM400 lebih banyak daripada bayaran sepatutnya (RM1,732). Konsep ini adalah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

3. Sertai Plan Takaful Khas Untuk Mendapat Keuntungan Berganda

Ini adalah cara yang paling bijak. Jumlah bayaran tambahan yang diperlukan lebih kurang sama dengan pilihan nombor 2 di atas. Dalam kes peminjam yang berusia 35 tahun ini, bayaran tambahan diperlukan juga sekitar RM400 sebulan. Kelebihan pilihan ini berbanding pilihan #2 tadi adalah
  • Anggaran simpanan pada tahun 2037 cukup untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
  • Seandainya umur peminjam tidak panjang, waris akan mendapat hibah minimum RM500,000
  • Seandainya peminjam meninggal dunia disebabkan kemalangan, waris akan menerima hibah minimum RM1,000,000 (1 juta)
  • Seandainya peminjam meninggal dunia disebabkan kemalangan ketika menaiki pengangkutan awam, waris akan menerima hibah minimum RM1,500,000 (1.5 juta)

Segera WhatsApp saya di talian 0192778346 (klik saja nombor ni) untuk membuat kira-kira yang lebih tepat mengikut matlamat kewangan anda. Rancang kewangan dengan lebih bijak, supaya lebih senang di kemudian hari.




No comments:

Post a comment

Tips Untuk Selesaikan Loan Rumah 10 Tahun Lebih Awal

Adakah anda sudah memiliki rumah idaman? Tahniah saya ucapkan. Ataupun mungkin juga ada diantara anda yang sedang berkira-kira untuk membeli...

Iklan