Breaking

Saturday 17 June 2017

Perlindungan Takaful Tidak Penting

Perlindungan Takaful adalah salah satu daripada elemen penting yang terdapat di dalam Perancangan Kewangan Islam. Walaupun industri Takaful telah mula wujud di Malaysia sejak tahun 1984, bilangan rakyat Malaysia yang memiliki pelan perlindungan Takaful Keluarga masih berada di tahap yang membimbangkan.


Perlindungan Takaful Tidak Penting

Benarkah perlindungan takaful tidak penting? Menurut laporan oleh RAM Rating Services Bhd pada Mac 2017, hanya 15% daripada rakyat Malaysia yang menyertai pelan perlindungan Takaful. Kadar ini adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan 41% rakyat Malaysia yang memiliki perlindungan Life Insurance.

Walaupun jika ditambahkan kedua-dua jumlah ini (15%+41% = 56%), sebenarnya hanya 35% sahaja daripada keseluruhan rakyat Malaysia memilik perlindungan Takaful Keluarga ataupun Life Insurance (setelah ditolak bilangan individu yang memiliki lebih daripada satu polisi). Bilangan ini masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan sasaran negara untuk mencapai kadar 75% pada tahun 2020 seperti dihasratkan di bawah Economic Transformation Programme (ETP).


The Star 31 Mac 2017
Jika dilihat dari segi bilangan, sekarang ini terdapat sekitar 18.9 juta rakyat Malaysia yang beragama Islam. Seandainya dianggarkan kesemua 15% yang memiliki pelan perlindungan Takaful Keluarga tadi adalah beragama Islam, ini bermakna masih terdapat sekitar 16.1 juta yang tidak memiliki perlindungan tersebut.


Sebab-sebab Tidak Menyertai Pelan Takaful

1. Tidak Faham

Sejak saya terlibat di dalam industri ini, rupanya masih ramai yang belum sedar dan faham mengenai kepentingan takaful dalam perancangan kewangan masing-masing. Setelah diberi pemahaman yang jelas, kebanyakan rakan-rakan yang saya temui akhirnya bersetuju untuk menyertai pelan takaful keluarga. Saya dengan ini ingin menyeru kepada rakan-rakan ejen takaful supaya meningkatkan usaha dakwah masing-masing kerana masih ramai yang tidak faham tentang apakah itu takaful.

(LINK) Perbezaan Antara Insurans Dan Takaful

2. Tidak Mampu

Kemampuan juga menjadi sebab utama kurangnya rakyat Malaysia yang menyertai perlindungan takaful. Ada juga yang terus mengelak untuk menerima penerangan kerana masih ramai beranggapan ejen takaful ini sebagai seorang salesperson berbanding melihat mereka sebagai konsultan.

Berkenaan berapakah jumlah sebenar yang 'patut' kita ketepikan bagi tujuan perlindungan takaful, saya sering menggunakan formula sekitar 5%-10% daripada pendapatan bulanan/tahunan. Sekiranya terlalu tinggi, saya khuatir akan mengganggu aliran tunai bulanan/tahunan dan menyebabkan wujudnya rasa bebanan.

Perlindungan takaful sememangnya pelbagai, lebih banyak semangnya lebih bagus, dan pastinya lebih tinggi contribution bulanan/tahunan. Pilihlah perlindungan yang paling penting bagi diri anda.

(LINK) Cara Menyelesaikan Masalah Aliran Tunai

3. Nanti Dulu

Ada juga yang telah faham tetapi menangguhkan niat menyertai perlindungan takaful dengan pelbagai sebab. Antaranya seperti tunggu lepas raya, tunggu naik pangkat, tunggu rumah siap dan lain-lain. Sebenarnya tiada masalah untuk menunggu. Apa yang lebih merisaukan adalah sakit ataupun kemalangan adalah antara perkara yang kita tidak boleh jangka. Sangat menyedihkan sekiranya terjadi kemalangan dan waris tidak terbela disebabkan oleh penangguhan yang kita lakukan.











No comments:

Post a Comment

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebu...

Iklan