Breaking

Tuesday 11 July 2017

Percuma! Master of Science in Financial Engineering di WorldQuant University

Saya baru sahaja pulang dari menghadiri sesi Townhall syarikat di mana saya bekerja. Sesi Townhall kali ini juga disekalikan dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan majlis meraikan dua daripada rakan sekerja yang bakal meninggalkan syarikat untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Tiba sahaja di rumah, saya terus melihat semula status permohonan Master of Science in Financial Engineering yang telah saya hantar pada 17 Jun lepas. Alhamdulillah permohonan saya telah berjaya dan insyaAllah saya akan mulakan pengajian pada 25 Julai 2017.


Percuma dan 100% Online

Adakah ini bermaksud saya juga bakal meninggalkan kerjaya untuk melanjutkan pengajian? Tidak sama sekali.  Saya boleh ambil kursus ini secara sambilan. Ini kerana kursus yang saya pilih ini adalah 100% online. Lebih menarik, pengajian ini adalah PERCUMA dan sehingga kini, kursus Master of Science in Financial Engineering ini masih belum ditawarkan oleh mana-mana universiti di Malaysia. Setakat ini di Malaysia, Financial Engineering hanya ditawarkan di peringkat Bachelor Degree. Di MMU misalnya pengajian peringkat Degree ini sahaja memerlukan belanja sebanyak RM53,625 hanya untuk yuran pengajian. Andai ada pengajian peringkat Master ditawarkan, mungkin yurannya jauh lebih tinggi daripada ini.

Master of Science in Financial Engineering

Saya dapat tahu mengenai program ini apabila membaca satu artikel mengenai Financial Engineering di Facebook Finance Insider pada bulan lepas. Ada 14 kursus yang perlu saya lengkapkan dan pengajian ini akan mengambil masa selama 2 tahun.



Financial Engineering sebenarnya meggabungkan penggunaan matematik, statistik, kejuruteraan dan sains komputer dengan teori ekonomi dan kewangan untuk menyelesaikan masalah berkaitan derivative security valuation, strategic planning dan strategi pelaburan dinamik.

Paling menarik minat saya adalah, kesemua modul pengajian ini dibina sepenuhnya oleh industri. Penggunaan advanced technology seperti Python, Matlab dan WebSim yang merupakan teknologi terkini yang memang popular dikalangan industri meyakinkan saya bahawa konsep pembelajaran terkini sebegini akan menyelesaikan masalah utama yang sering dihadapi oleh industri di Malaysia yang sering dikatakan menerima graduan yang kurang berkualiti (bukan saya yang kata ya, tetapi sering saya dengar isu ini dibincangkan di BFM).

Sukar untuk saya bayangkan sejauh mana mencabarnya hari-hari saya untuk tempoh dua tahun mendatang. Saya pasti ianya tidak mudah. Namun saya akan terus bersemangat untuk menamatkan pengajian dan menjadi antara rakyat Malaysia yang terawal (atau mungkin yang pertama) yang Berjaya melakukannya. Komitmen masa yang saya perlukan adalah sekitar 20 hingga 25 jam seminggu. Doakan saya.

Disruptive Innovation in Education

Walaupun ada yang mempertikaikan sejauh manakah konsep pengajian terkini secara atas talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) akan berjaya menggantikan konsep pembelajaran secara konvensional, saya masih percaya ini adalah cara terbaik untuk membawa agenda pendidikan percuma tanpa sempadan.

Pengalaman saya dengan MOOC bermula tahun lepas apabila saya mengambil kursus Business Analytics Specialization by Wharton Business School, University of Pennsylvania melalui Coursera. Program ini saya ambil melalui inisiatif MSC MyProCert (SRI) anjuran MDEC dalam misi menghasilkan lebih ramai professional dalam bidang Big Data di Malaysia.



Pada pendapat saya, ramai diantara kita yang sudah biasa menimba ilmu secara online, cuma mungkin setakat ini pengalaman kita terbatas kepada pendidikan tidak rasmi. Saya yakin tidak lama lagi konsep pengajian rasmi secara online sebegini akan diterima sepenuhnya oleh masyarakat.

 Antara manfaat yang saya suka adalah
  • Jadual yang fleskibel, terpulang kepada diri sendiri bergantung kepada waktu lapang masing-masing
  • Mendapatkan ilmu secara terus daripada pensyarah dari universiti terkemuka dari luar negara
  • Percuma atau kos yang jauh lebih rendah berbanding pengajian secara konvensional
  • Keputusan kuiz/peperiksaan diperoleh sebaik sahaja peperiksaan tamat.

Adakah Master  of Science in Financial Engineering oleh WorldQuant University (WQU) ini Accredited by MQA?

Apabila saya ceritakan kepada beberapa orang rakan mengenai niat saya untuk menyertai program ini pada bulan lepas, soalan yang paling banyak diajukan adalah adakah kursus ini diakreditasi oleh MQA? Jawapannya semestinya tidak. Program ini masih baharu, pengambilan pertama pada tahun 2016. Sedangkan di USA juga WQU masih dalam proses untuk mendapatkan akreditasi daripada Distance Education Accrediting Commission (DEAC) ataupun Southern Association of Colleges and Schools (SACS).  WQU sekarang ini beroperasi di bawah lesen oleh Board of Regents of the State of Louisiana.

Adakah Akreditasi ini Penting?

Bergantung kepada tujuan anda untuk menyambung pengajian. Sekiranya tujuan utama adalah untuk mendapatkan gaji lebih (penjawat awam), menjadi pensyarah atau ingin menggunakan kelayakan ini untuk menyambung pengajian di peringkat PHD di Malaysia, saya tidak cadangkan pengajian ini untuk anda.

Bagi saya pula, tujuan saya adalah semata-mata untuk mendapatkan ilmu seperti python, alpha design dan machine learning. Dengan kos pengajian percuma seperti ini, I have nothing to lose. I'm in!

No comments:

Post a Comment

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebu...

Iklan