Breaking

Wednesday 6 September 2017

4 Perkara Anda Patut Belanja Sekarang Untuk Dapat Penjimatan Cukai Tahun Depan

Adakah anda rasa anda lebih bijak dalam menguruskan wang berbanding pihak Kerajaan? Jika anda berpandangan sebegitu, gunakan peluang ini sebaiknya. Kerajaan memberi peluang kepada rakyat untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar setiap tahun dengan berbelanja untuk 4 perkara ini. Jom kita kira berapa boleh jimat. (anggaran penjimatan untuk penerangan ini berdasarkan rakyat marhaen yang bergaji RM50k ke RM70k setahun, kadar cukai 16%)



1. Tingkatkan Gaya Hidup (Pelepasan Cukai RM2,500)
Mesti ramai suka yang ni. Jika sepanjang tahun 2017, anda membeli smartphone, tablet, komputer, buku, peralatan sukan, bayar broadband dan bayar keahlian gym, anda boleh dapatkan pelepasan cukai sehingga RM2,500 untuk perkara-perkara ini. Jumlahnya tidak terlalu banyak, tapi jangan lupa isi ruangan ni waktu lengkapkan boring cukai tahun depan. Paling penting simpan resit tu baik-baik.

Anggaran Penjimatan: 16% x RM2,500 = RM416

2. Insurans/Takaful Nyawa dan EPF (Pelepasan Cukai RM6,000)
Untuk yang bekerja, caruman EPF boleh digunakan untuk dapatkan pelepasan ini. Andai caruman tahunan tak cukup RM6,000, pastikan anda dapatkan takaful nyawa dengan kadar segera. Manfaat menyertai program takaful memang banyak. Boleh hibah (hadiah) wang tunai pada keluarga seandainya kita pergi lebih awal dari jangkaan. Bab resit tak perlu risau, syarikat Takaful dan Insurans memang sediakan penyata tahunan kepada pelanggan untuk tujuan pelepasan cukai.

Anggaran Penjimatan: 16% x RM6,000 = RM960




3. Insurans/Takaful Perubatan dan Pendidikan (Pelepasan Cukai RM3,000)
Kerajaan memang serius dalam memberi galakan kepada rakyat marhaen untuk memiliki perlindungan Takaful secukupnya. Perlindungan ini penting dalam memastikan kita tidak terbeban dengan kos perubatan yang tinggi kelak, Kepada yang menyertai plan takaful beserta kad perubatan (medical card), juga layak mendapatkan pelepasan cukai tambahan. Bagi ibu bapa yang mendapatkan pelan takaful pendidikan untuk anak-anak juga layak menggunakan pelepasan cukai ini.

Anggaran Penjimatan: 16% x RM3000 = RM480



4. Simpanan di Private Retirement Scheme (PRS) (Pelepasan Cukai RM3,000)
PRS merupakan pelan simpanan untuk hari tua. Konsep lebih kurang sama seperti EPF. Hanya boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun. Bagi yang berusia 20-30 tahun, ada tawaran istimewa. Jika anda membuat simpanan RM1,000, kerajaan akan tambah lagi RM1,000. Yes 100% pulangan dalam sekelip mata.

Anggaran Penjimatan: 16% x RM3000 = RM480
Tambahan: RM1000 bagi yang berusia 20-30 tahun



Untuk 4 perkara ini sahaja, anda boleh jimat sehingga RM2,336 daripada cukai yang sepatutnya anda bayar. Boleh hubungi saya di talian 0192778346 untuk perbincangan dan tindakan selanjutnya terutama sekali untuk perkara 2 hingga 4 supaya anda tidak terlepas peluang penjimatan ini.

p/s: Dengan membaca tips ini juga anda sudah jimat sekurang-kurangnya RM500. Kalau anda ada pendapatan sampingan seperti sewa rumah, jumlah minimum untuk khidmat nasihat adalah RM1,000. Ini adalah harga minimum yang dikenakan oleh Tax Advisor / Tax Consultant. Saya kongsikan tips dan khidmat nasihat ini secara percuma. Semoga memberi manfaat untuk semua.


No comments:

Post a Comment

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebu...

Iklan