Breaking

Thursday 3 August 2017

Harta Pusaka Atau Puaka? 3 Sebab Utama Harta Terbeku

Sehingga kini dianggarkan sekitar RM60 billion harta yang tidak dituntut di Malaysia. Kebanyakan harta ini adalah milik orang Islam. Mungkin ramai yang pelik apabila mendengar jumlah harta tidak dituntut yang sebesar ini. Jika diikutkan logik akal, agak sukar untuk mencari sebab kenapakah waris ini tidak menuntut harta hak milik mereka. Dalam entri kali ini, mari kita kupas 3 sebab utama yang menyebabkan harta berjumlah RM60 billion ini tidak dapat diselesaikan.

1. Tiada Permuafatan di Kalangan Waris (Tidak Jelas Hukum Faraid)

Dianggarkan sekitar 95% masyarakat Islam Malaysia tidak melakukan sebarang perancangan harta. Kemungkinan ramai beranggapan apabila tibanya ajal seseorang itu, pandai-pandailah waris uruskan apa yang patut. Sikap sambil lewa ini adalah punca utama yang menyebabkan banyaknya harta terbeku akibat tidak menemui jalan penyelesaian. Lebih memburukkan keadaan apabila tiada permuafakatan tercapai antara waris-waris. Sebelum pergi lebih jauh, kita fahami sedikit sebanyak mengenai pembahagian asas Faraid.



Pembahagian Asas Faraid


  • Ayah
    • 1/6 jika simati meninggalkan anak
    • 1/6 dan Asabah jika simati meninggalkan anak perempuan sahaja
    • Asabah jika simati tiada anak
  • Ibu
    • 1/6 jika simati meninggalkan anak
    • 1/3 jika simati hanya meninggalkan seorang adik beradik seibu sebapa atau sebapa
  • Suami
    • 1/4 jika ada anak
    • 1/2 jika tiada anak
  • Isteri
    • 1/8 jika ada anak
    • 1/4 jika tiada anak
  • Anak Lelaki
    • 2 bahagian bagi setiap 1 bahagian anak perempuan (ada adik beradik perempuan)
  • Anak Perempuan
    • 1 bahagian bagi setiap 2 bahagian anak lelaki
Pengertian Asabah: Orang yang menghabiskan seluruh baki harta warisan setelah waris lain menerima bahagian yang telah ditetapkan.

Untuk memudahkan pemahaman. Kita ikuti contoh kiraan mudah untuk kes keluarga ini.
  • Nilai harta -  RM1 juta
  • Waris ditinggalkan
    • Ayah 1/6  (RM166,666,67)
    • Ibu 1/6 (RM166,666.67)
    • Isteri 1/8 (RM125,000)
    • 1 Anak Lelaki 13/36 (RM361,111.11)
    • 1 Anak Perempuan 13/72 (RM180,555.56)
Jika dilihat dalam contoh ini, diandaikan harta yang bernilai RM1 juta itu adalah sebuah rumah, kebiasaannya rumah itu didiami oleh isteri. Jika tiada permuafakatan di sini, si isteri perlu menjual rumah tersebut dan membayar bahagian Ayah dan Ibu mertuanya dan bahagian anak-anaknya. 

Begitu juga dengan hal berkaitan tanah. Sehingga kini dianggarkan sekiranya 900 ribu geran tanah masih di atas nama orang yang telah meninggal dunia. Kes ini banyak berlaku dikalangan masyarakat, terutama yang tinggal di kampung. Bagaimanakah agaknya status 'rumah pusaka' yang didiami oleh hanya salah seorang waris? Bukankah ada hak milik waris-waris lain di atas tanah tersebut? Andai tanah tersebut merupakan tanah kebun yang membuahkan hasil bukankah ada milik waris lain yang perlu diagihkan? Situasi akan menjadi lebih kompleks andai waris itu pula meninggal dunia. Maka semakin sukar dan rumit kerana lebih ramai waris-waris yang mempunyai hak terhadap tanah tersebut.

2. Proses Undang-Undang

Dalam hal berkaitan pembahaian harta pusaka, terdapat 3 institusi yang perlu dirujuk mengikut jenis dan nilai harta pusaka yang ditinggalkan

  • Pejabat Pusaka Kecil (Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955)
    • Nilai harta di bawah RM2 juta
    • Harta alih dan tak alih
  • Mahkamah Tinggi (Akta Probet dan Pentadbiran 1959)
    • Nilai harta RM2 juta ke atas
    • Harta alih dan tak alih
  • Amanah Raya Berhad (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995)
    • Hanya harta alih dan bernilai RM600 ribu atau kurang
Di samping tiga institusi sivil ini, wujud juga keperluan berurusan dengan Mahkamah Syariah berkaitan dengan perkara-perkara seperti
  • Sijil Faraid
  • Perintah Pengesahan Hibah
  • Perintah wasiat 1/3
  • Perintah Harta Sepencarian

Seandainya perancangan harta tidak dilakukan sewaktu hidup, wujud kesukaran bagi pihak waris untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan. Kekangan masa, kesukaran mengumpulkan kesemua waris, ketidakfahaman mengenai proses undang-undang antara punca yang menyebabkan waris berputus asa untuk menyelesaikan perkara pembahagian harta pusaka.


3. Kos Yang Tinggi untuk Menguruskan Harta Pusaka

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan menguruskan harta pusaka dibenarkan untuk mengenakan bayaran sehingga 5% dari nilai harta yang ditinggalkan. Dalam contoh harta yang bernilai RM1juta, kos yang boleh dikenakan mencecah RM50,000. Ini tidak termasuk kos-kos lain yang berkaitan, ada juga kes yang memerlukan jumlah kos terkumpul untuk menyelesaikan harta pusaka sehingga 20-30% daripada nilai harta. Jangan tinggalkan harta semata-mata. Tinggalkan juga tunai yang cukup untuk bekalan waris menyelesaikan urusan pengurusan harta pusaka.


Lakukan Perancangan Awal

Seandainya perancangan dilakukan diperingkat awal (sewaktu hidup), masalah-masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku. Di Wasiyyah Shoppe,
  • Khutbah pusaka akan diberikan kepada waris kelak dalam mencari permuafakatan.
  • Urusan seperti Hibah juga boleh dilakukan untuk rumah yang anda miliki supaya tidak berlaku kes waris yang terpaksa menjual rumah pusaka.
  • Urusan undang-undang juga akan dibantu oleh pegawai yang mahir.
  • Ikhtiar juga boleh dilakukan seandainya tidak mahu waris menanggung kos pengurusan harta yang tinggi kelak.


Hubungi saya di talian 0192778346 atau PM di Facebook untuk mendapatkan khidmat rundingan percuma mengenai Perancangan Pewarisan Harta. Rancang sebelum tumbang.

p/s: Yang tiada harta jangan berkecil hati, boleh juga berbincang dengan saya jika berminat untuk mendapatkan pelan perlindungan takaful. Boleh juga hibahkan manfaat takaful pada waris anda kelak. Rancang juga hibah takaful untuk menyelesaikan hutang-hutang supaya waris tidak terbeban kelak.


No comments:

Post a Comment

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebu...

Iklan