Breaking

Wednesday 16 August 2017

Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan _ _ _ ang

Di dalam bidang perancangan kewangan, saya terlibat secara langsung dalam perkara-perkara seperti pelaburan (bersama iSaham), perlindungan (AIA Public Takaful), perancangan pewarisan harta (Wasiyyah Shoppe). Saya juga terlibat secara tidak langsung dengan berkongsi pendapat dan pengalaman bersama sahabat-sahabat yang mencari jalan untuk memperbaiki aliran tunai dengan menambahkan pendapatan ataupun mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. Antara topik yang sering dibincangkan mengenai aliran tunai ini adalah berkenaan tips melangsaikan hutang.

Antara perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, berikut saya senaraikan ranking setiap topik berdasarkan minat sahabat-sahabat yang bersembang panjang dengan saya selama ini. Turutan ini mungkin tidak tepat, kerana hanya dibuat berdasarkan pemerhatian saya.

1. Pelaburan Saham (memang mendapat minat tertinggi setakat ini)
2. Pendapatan Sampingan (idea business yang menjana pulangan berjuta2)
3. Harta Pusaka (penyelesaian kes-kes yang telah terjadi)
4. Selesaikan Hutang
5. Perlindungan Takaful


Apa yang dapat anda lihat daripada pemerhatian ini? Pada pendapat saya berbincang mengenai peluang menggandakan wang memang lebih menyeronokkan. Tambahan pula apabila dikongsikan pengalaman mendapat keuntungan 60% dalam masa 3 hari misalnya, siapa yang tak seronok. Perkara yang berada pada tiga ranking terbawah misalnya paling tidak digemari kerana seringkali perbincangan mengaitkan soal kematian. Mungkin ini yang menyebabkan tidak ramai suka berbicara tentang perkara ini.

Mana satu yang lebih penting? Memang sukar untuk dijawab. Kedua-duanya juga penting. Sejujurnya saya juga lebih seronok bila berkongsi mengenai perkara 1 dan 2 berbanding yang lain-lain.

Kisah Tragis Di Depan Mata

Namun pada minggu lepas saya menerima berita yang sangat mengejutkan. Salah seorang daripada pelanggan Takaful di dalam group saya diberitakan meninggal dunia kerana dibunuh dengan kejam. Allahyarham ini baru berusia 23 tahun dan beliau disahkan menemui ajal 3 hari selepas permohonan Takaful beliau diluluskan.


Kejadian ini memang memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri saya. Selama ini jika berbicara bersama pelanggan-pelanggan takaful, saya sering membincangkan secara teori. Bagaimana agaknya dengan keluarga tersayang sekiranya ajal menjemput lebih awal daripada jangkaan. Kali ini ia bukan lagi sekadar teori.

Saya Manusia Berhutang

Jujur saya akui saya adalah manusia yang berhutang. Kerja keras yang saya lakukan sejak kebelakangan ini, matlamat utamanya adalah untuk melangsaikan hutang duniawi. Alhamdulillah dapat dilangsaikan sedikit demi sedikit. Namun apa yang saya risaukan adalah andainya kisah ini terjadi kepada diri saya, ajal menjemput tanpa disangka, mungkin esok atau lusa, sangat tidak adil saya tinggalkan dunia ini dengan hutang yang masih berbaki.

Tanpa berlengah saya terus menambah perlindungan takaful saya daripada RM200k ke RM700k. Walaupun jumlah perlindungan awal memadai untuk menyelesaikan baki hutang, namun masih ada hutang dengan Allah yang saya tak tunaikan. Rukun Islam kelima belum saya tunaikan. Saya rasa perlu juga saya sediakan sejumlah wang untuk keluarga tunaikan Haji bagi pihak saya, juga sebahagian untuk disedekahkan, dan selebihnya untuk dibahagi-bahagikan kepada keluarga tersayang. Andai di dunia saya tak sempat beri kesengangan kepada keluarga, ini lah hibah yang saya tinggalkan, sebagai tanda kasih sayang untuk keluarga yang sentiasa memberikan sokongan di saat getir dan sukar.

Bagaimana Dengan Anda?

Setiap individu pasti memiliki perancangan tersendiri. Andainya anda telah bebas daripada sebarang hutang. Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan. Andainya masih ada hutang yang belum dilangsaikan cuba fikir sejenak...jika ditakdirkan nyawa kita dicabut esok, siapakah yang akan menyelesaikan semua ini. Biarlah kita tinggalkan keluarga tanpa sebarang harta, jangan sesekali menambah duka dengan bebanan hutang kepada mereka. Andai ada lebihan rezeki, tambahlah sedikit perlindungan takaful anda supaya ada sejumlah wang yang dapat di hibah kan, sebagai tanda kasih kepada mereka.

Boleh hubungi saya di 019-2778346 untuk bersembang panjang mengenai mana-mana topik yang anda berkenan.


1 comment:

  1. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI HALAMAN INI
    INI CERITAKU

    Saya MURNI SANTI, Seorang wanita, ibu, saudara perempuan dan teman dari (Bekasi), Indonesia, saya adalah REAL ESTATE MANAGER dan saya telah mengalami banyak tekanan keuangan akhir-akhir ini, tidak ada yang mau meminjam kami uang untuk menyelesaikan proyek komersial kami yang telah dibangun beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa perusahaan peminjaman palsu yang mengklaim sejumlah besar uang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya frustrasi, suami saya mencoba yang terbaik dan membantu, saya akan bunuh diri karena rasa sakit itu, itu terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan semua harapan, sampai saya diperkenalkan dengan SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL sebuah perusahaan pinjaman yang disponsori oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman dan memang menghubungi perusahaan, petugas bagian pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan mengatakan kepada saya untuk tidak khawatir perusahaan akan meminjamkan uang kepada saya, bahkan ketika jumlah yang saya butuhkan sangat besar, dan semua yang bisa saya berikan kepada mereka persyaratan yang merupakan beberapa informasi pribadi, yang saya lakukan.

    Saya menjalani semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan uang yang saya minta setelah mengonfirmasi bahwa saya memenuhi syarat untuk pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang sangat mengejutkan saya adalah pinjaman masuk ke akun saya dan saya mengkonfirmasinya .. Perusahaan kembali secara finansial dan keluarga saya baik-baik saja, ini membuat hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI KU
    NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL EMAIL Perusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com
    Whatsapp Perusahaan: +1(301)971-4445
    Nama Saya: MURNI SANTI
    Email Saya: murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebu...

Iklan