Breaking

Monday 12 June 2017

Senarai Penuh Syarikat Penipuan Pelaburan di Malaysia

Kenapa rakyat Malaysia mudah untuk ditipu? Adakah sebab

1. Golongan penipu semakin licik memperdaya mangsa?
2. Golongan ditipu memang cetek ilmu sehingga mudah diperdaya?

Sejujurnya saya tidak pasti jawapan yang sebenarnya. Cuma saya berasa sangat kecewa kerana sehingga hari ini masih lagi terlalu ramai kenalan yang dengan penuh semangat menceritakan tentang "pelaburan" baru yang disertai yang dikatakan bakal memberikan keuntungan terlalu banyak. Lebih menyedihkan, walaupun telah diberitahu pelaburan tersebut tidak sah, tetap diteruskan juga.

Entri kali ini adalah susulan daripada siri DAHA sebelum ini mengenai Tanda-tanda Scam. Disebabkan tak ramai yang menonton video tersebut, saya rasa adalah perlu untuk saya tuliskan sekali lagi bagaimanakah caranya untuk kita sendiri menyemak sama ada sesuatu pelaburan itu betul ataupun tidak.

Sumber Rujukan Yang Anda Perlu Tahu

Sekiranya anda didekati oleh mana-mana syarikat atau individu yang menawarkan apa-apa pelan menjana keuntungan yang mengiurkan, pastikan anda semak nama syarikat di ketiga-tiga tempat berikut.

1. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

SC bertanggungjawab mengawasi bidang capital market ataupun pasaran modal di Malaysia. Secara asasnya, mana-mana pelaburan seperti saham, unit trust, futures adalah dibawah bidang kuasa SC.

(LINK) Senarai Individu, Syarikat dan Website Tidak Berlesen disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Antara Syarikat Yang Tidak Berlesen oleh SC


2. Bank Negara Malaysia (BNM)

BNM pula memantau institusi kewangan di Malaysia. Bank dan Insurans adalah di bawah bidang kuasa BNM. Tukaran wang asing (forex) dan emas adalah dua perkara yang sering dijadikan 'modal' oleh penipu-penipu di luar sana adalah di bawah seliaan BNM.

Berikut adalah senarai 302 syarikat yang tidak berlesen yang disenaraikan oleh BNM. Senarai ini dikemaskini pada 22 Mei 2017.

(LINK) Senarai Syarikat dan Website Tidak Berlesen oleh Bank Negara Malaysia (PDF)

Antara Syarikat Yang Tidak Berlesen oleh BNM

3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

KPDNKK pula bertanggungjawab mengeluarkan lesen untuk syarikat-syarikat yang memasarkan produk menggunakan kaedah Jualan Langsung atau MLM.

Pastikan anda semak status lessen syarikat-syarikat jualan langsung yang bakal anda ceburi.

(LINK) Status Syarikat Jualan Langsung oleh KPDNKK

Antara Syarikat Yang Berstatus Lesen AJL Tamat Tempoh (sila semak semula link di atas untuk status terkini)

Sayangi Wang Anda

Nak cari duit bukannya mudah. Dah ada duit jangan pula terlalu mudah untuk dileburkan di tempat-tempat yang tidak munasabah. Setiap kali anda terjumpa 'peluang' pelaburan yang menjanjikan keuntungan, pasti dan tidak masuk akal, kebiasaannya ini lah yang akan membuatkan anda hilang akal kelak. 

Sebarkan maklumat ini supaya si penipu-penipu ini tidak boleh cari makan lagi di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Review Tentang Gather Care: Medical Cost Crowdsharing Platform Sebagai Alternatif Lebih Murah Kepada Medical Card?

Beberapa tahun dahulu saya ada terjumpa tentang pelan alternatif kepada Medical Card yang bernama Life Engineering. Namun pada waktu tersebu...

Iklan